Thursday, February 7, 2013

Malaysia VS Singapura



Pernahkah anda terfikir negara kita Malaysia diserang secara tiba-tiba ketika kita sedang menonton wayang, bermain futsal, bekerja atau tidur. Sudah semestinya sebagai rakyat Malaysia kita sememangnya tidak pernah terfikir tentang perkara itu…Kenapa ek? Sudah tentu la sebab rakyat Malaysia terutamanya generasi Y mcm aku ni tak pernah mengalami hidup susah seperti yang pernah dialami oleh datuk nenek moyang kita dahulu.

Sempena Hari Kebangsaan yang bakal tiba tidak lama lagi ni, aku nak analisis sikit la mengenai ketenteraan kita,hehehe….apa pendapat korang jika Malaysia diserang atau berperang dengan Singapura. Rasa-rasanya boleh menang tak? Kebanyakan yg aku tanya memandang rendah tentang keupayaan negara kita sendiri.

Jika kita tengok kepada kelengkapan senjata Malaysia dan SIngapura memang banyak perbezaan. Singapura memiliki kuantiti senjata yang lebih banyak dan canggih berbanding Malaysia. Ini dapat dilihat dalam aspek udara Singapura mempunyai ratusan pesawat pejuang F-16 yang sememangnya diakui antara pesawat pejuang tercanggih dan terbaik di dunia. Malah, mereka juga dilengkapi dgn pesawat AWACS (lebih dari 1). Mereka jg ada helikopter penggempur Apache yang diakui kehebatannya dalam Perang Iraq dan Afghanistan. Lebih dari itu, mereka juga dilengkapi oleh kereta kebal Leopard juga buatan Amerika Syarikat (AS) yang mampu menyerang negeri-negeri di Malaysia. Malah, mereka jg bakal memiliki kapal selam yg tidak boleh dikesan radar tak lama lg. Itu belum lagi sistem peluru berpandu jarak jauh yang mampu memusnahkan Malaysia dalam masa yg singkat.

Gerun tak? Anda rasa Malaysia boleh menang ke kalau berperang dgn SIngapura? Bekas PM Singapura, Lee Kuan Yew dgn sombong mencabar mana-mana negara utk menyerang Singapura kerana mereka amat yakin dgn kekuatan ketenteraan mereka. Jika diukur dari kuantiti dan jenis senjata Malaysia memang agak ketinggalan. Namun, namun…heheheh..aku masih yakin tentera Malaysia mampu menewaskan Singapura.

Malaysia juga tidak kurang hebatnya dalam aspek sistem persenjataan. Malaysia mempunyai pelbagai jenis pesawat pejuang yang hebat seperti Sukhoi Su-30M yang dianggap pesawat tercanggih di dunia pada masa kini. Selain itu, kita jg dilengkapi dgn pesawat pejuang F-18 dan MIG-29 yg canggih. Malaysia jg mempunyai sistem pelancar roket berganda Astros buatan Brazil yg mampu menembak dari jarak 80 kilometer selain sistem peluru berpandu jernas, kapal selam dan kereta kebal.

Kenapa aku yakin Malaysia boleh menang? Jika Malaysia berperang dgn Singapura pada awal tahun 90an dulu, Malaysia memang akan kalah sebab masa tu kita tak ada kemampuan snjata utk melakukan serangan sebab masa tu kita baru tamat berperang dgn komunis. Tapi, sekarang Malaysia bkn sahaja mampu bertahan tp menyerang jgk. Malah, Malaysia jg merupakan salah sebuah Negara di Asia Tenggara yg mampu melakukan serangan pd waktu malam. Hanya Malaysia, Singapura dan sebuah lg Negara (aku tak ingat) di rantau Asia Tenggara yg mempunyai kemampuan menjalankan serangan pd waktu mlm.

Walaupun Singapura mempunyai senjata canggih tetapi anda perlu ingat bentuk muka bumi Malaysia tidak sama dgn negara2 yg menghadapi peperangan seperti di Afghanistan dan Iraq. Bentuk muka bumi Malaysia bergunung ganang dan dikelilingi dgn hutan tebal. Sebab itu, secanggih manapun kereta kebal Singapura, mereka tidak mungkin dapat memaksimumkan penggunaan kereta kebal canggih mereka. Begitu juga dengan helikopter apache, agak sukar mereka untuk mnyerang terutamanya dalam hutan yg tebal, tidak seperti padang pasir yg luas di Iraq dan Afghanistan.

Anda jg perlu ingat, tentera Malaysia jg sudah terbukti di peringkat antarabangsa. Tentera Malaysia banyak melibatkan diri dlm misi pengaman PBB seperti di Bosnia dan Somalia. Malah, keberanian tentera kita jg terbukti apabila tentera kita pernah terkorban di Somalia ketika cuba hendak menyelamatkan tentera Amerika Syarikat dalam misi pengaman PBB (tentera Pakistan cabut lari sebab takut). Selain itu, Malaysia juga merupakan satu-satunya negara di dunia yg berjaya menumpaskan pemberontakan komunis. Jadi, dari situ, Malaysia mempunyai pengalaman dalam peperangan moden. Singapura ada ke? Malah, terdapat berita mengatakan komando tentera Malaysia pernah menyelinap masuk ke bangunan kerajaan atau kementerian pertahanan Singapura (kalau tak salah) untuk meletakkan bendera Malaysia sbg tanda amaran kpd Singapura (fakta ini betul rasanya).

Selain itu, Malaysia jgk merupakan negara yg amat handal dlm peperangan hutan. Bnyk negara luar dtg belajar dr Malaysia. Selain itu, pernah jg dlm latihan udara melibatkan Malaysia dan beberapa negara (aku tak ingat negara apa sama ada Amerika atau Australia) tentera Malaysia berjaya mengalahkan tentera dari luar itu. Ini merupakan perkara yg amat membanggakan.

Lgpun, dgn kelengkapan senjata yg ada, Malaysia boleh memusnahkan SIngapura dgn sekelip mata. Singapura kecil. Malaysia hntar pesawat Sukhoi dan F-18 bersama puluhan roket Astros dan sistem peluru berpandu Jernas ke Singapura boleh menjadikan Singapura habuk dlm sekelip mata (hahahaha, mcm senang je kan).

Cuma, apa yg aku kurang puas hati ialah banyak kelengkapan ketenteraan Malaysia dibeli dlm kuantiti yg kecil. Sebagai cth pesawat Sukhoi hanya dibeli 18 buah begitu juga pesawat F-18 hanya 8 buah sahaja dan pesawat MIG hanya tinggal 14 buah jer. Itu sememangnya tak cukup wei…Jadi, aku harap jumlah pesawat baru yg ingin dibeli oleh kerajaan bg menggantikan pesawat MIG-29 haruslah banyak dlm 24 hingga 30 buah.

Lg satu, kerajaan Malaysia jg harus mempercepatkan pembelian pesawat AWACS bg melengkapkan kekuatan tentera udara Malaysia agar disegani di rantau Asia Tenggara. Pesawat AWACS dilengkapi radar yg mampu mengesan dlm jarak yg luas di udara berbanding radar di darat. Memang betul! Kos operasi pesawat tersebut amat tinggi tapi kt sbg rakyat Malaysia tidak boleh berkompromi dlm aspek keselamatan negara.

Aku sedih jgk hmpir setiap tahun, bajet utk pertahanan negara sikit berbanding perbelanjaan yg lain. Ya, perbelanjaan utk pendidikan, dan perbelanjaan meningkatkan taraf hidup rakyat amat penting tp kerajaan jgk jgnlah lupa dlm aspek keselamatan.

Dgn situasi politik antarabangsa yg tidak menentu kesan krisis perebutan Kepulauan Spratly dan sentimen anti-Malaysia di Indonesia, kerajaan Malaysia harus memandang serius perkara ini. Tepat sekali, kita tidak menghadapi peperangan! Tetapi, kt perlu mengambil langkah awal dan berjaga-jaga utk mengelakkan peperangan. Kadang-kadang kelengkapan senjata yg canggih mampu memberi amaran dan bertindak sbg langkah pencegahan awal kpd negara musuh agar tidak memandang rendah keupayaan Malaysia.

No comments:

Post a Comment